Saturday, June 5, 2010

abah saya :)

warning. kalau malas, baca tulisan berkaler biru sahaja.


dikisahkan bahawa ada seorang pemuda bernama Encik Lo
yang tinggal bersama ayahnya setelah ibunya meninggal dunia.
pemuda ini adalah anak tunggal dan memang tanggungjawabnya
menjaga ayahnya yang sudah tua.

bekerja sebagai seorang penjawat awam,
Encik Lo boleh dikatakan mewah dan berharta.
ditambah pula pemuda ini tidak ada isteri mahupun kekasih,
maka wang hasil titk peluhnya memang mampu menyara
kehidupan dia dan ayahnya.

Encik Lo tiada masalah menjaga ayahnya,
malah ayahnya pula senang dijaga.
jadi dua beranak ini hidup aman dan damai.

beberapa tahun kemudian,Encik Lo mula berasa tidak selesa menjaga
ayahnya kerana ayahnya sangat gemar mengunakan
harta benda milik Encik Lo sesuka hati dan langsung
tidak minta kebenaran dirinya.

Encik Lo pernah membeli seutas jam tangan berjenama
untuk kegunaan sendiri.
malangnya, ayahnya ternampak lalu mengambil jam itu tanpa
kebenaran si anak.

Encik Lo pernah membeli sekotak donut pelbagai perisa
untu dimakan semasa menonton bola.
malangnya ayahnya ternampak kotak donut itu
maka dimakannya sehingga habis.

Encik Lo juga pernah membeli sebuah kerusi yang sangat empuk
untuk diletakkan didalam bili tidurnya,
namun si ayah cepat-cepat membawa kerusi itu
ke dalam biliknya.

oleh kerana kes-kes seperti itu,
Encik Lo berasa sangat marah dan terfikir untuk
menghantar ayahnya ke pusat jagaan orang tua.

Encik Lo melepaskan perasaan marahnya terhadap ayahnya
kepada seorang rakan karibnya, iaitu Encik Bi.
akhirnya, Encik Bi bersetuju untuk menjadi orang tengah
dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

oleh itu, pada suatu hari, Encik Bi pergi berjumpa ayah Encik Lo
dan mereka duduk berbincang.

setelah 2 jam berbincang, Encik Bi pulang kerumahnya
dengan linangan air mata.
kata-kata ayah Encik Lo terngiang-ngiang ditelinganya.

wahai Bi, tahukah dikau bahawa akulah yang menjaga
Lo sejak tangannya sebesar guli hingga lah dia pandai menulis?
tahukah dikau siapa yang meminyakkan setiap helai rambut Lo
dari mula tumbuh hingga jadi hitam lebat seperti sekarang?
siapa jua yang bersengkang mata setiap kali musim peperiksaan
tiba dari mula bersekolah hingga ke universiti?
dan siapa jua yang sanggup bekerja keras semata-mata
mahu mengumpul wang untuk membeli barang-barang
keperluan Lo?
AKU. semua aku buat,Bi. Semua demi Lo.
maka jika boleh dihitungkan, setiap sen yang Lo dapat, setiap
helai rambut Lo yang tumbuh, setiap harta yang Lo miliki,
semuanya milik aku.
jadi salahkah aku ,mahu hidup bersenang lenang,
makan makanan yang enak, sebelum aku mati?




sobss.
saya mungkin tak pandai nak menulis cerita.
tetapi, sebenarnya, kisah ini sangatlah sedih.
apalah nak dikira dengan parents.
sebab kalo takde dorang, abis la kita.
kan?kan?kan?


anyway menulis panjang arini sebab nak
wish HAPPY BIRTHDAY kat
Encik Kamaruzaman Mohd Razi.
alhamdulilah.
hari ni, 5 jun 2010,genaplah 60 tahun umur abah saya.
semoga abah panjang umur, dimurahkan rezeki,
dan dirahmati ALLAH.
AMIN.
juga thanks pada along,abg di,angah & abg syarul
yang sudi belanja kek,kfc dan pizza untuk kami
( kena gak tulis,utk kenangan)
kepada adin,we wish you here.
kelas tambahan?? too bad.
hahahah.



p/s: saaaaaaaaaangat obses dengan WGM--yonghwa dengan seohyun.
sweett :))

0 comments: