Monday, March 29, 2010

i'm fine. tenkiu


i'm back. but i dont have any enthusiasm to write long post.so i make it short.
  1. final finally over with some weird feelings say that it is impossible to me to get dl this time.
  2. went to book fair with maisarah and adib. so crowded and it's more difficult to me to walk as i wore baju kurung.nak mengayukan diri pun tak bole ke?? met few famous persons- syud, anis ayuni, jakall,and sheila rusli.
  3. arrived my home town tepat pkul 7 petang. sempat la tengok down with love sejam.heee. oh ye saya suka lgu opening cite tu. cam comel je sore si jerry tu. hehe
  4. shocked when knew along and her hubby together sakit perut, angah ngn abang syarul pulak together demam panas. haiaahh apehal? musim org kapel2 sakit ke? nasib baik mak ngn abah yg dah kapel hampir 30++ tahun sihat walafiat. alhamduliah.
  5. post ini ditulis pada hari isnin. yes hari yg saya suka sbb ade master of study :D
anyway hepi holiday to all MSUsian especially to TESLions :)


>>

Monday, March 15, 2010

case closed

abah : i'm sorry dear.

aku : erk terkedu smpai taktau nak cakap ape.

so kes smalam officially closed :)


notakaki: better in time

Saturday, March 13, 2010

laugh.out.loud




pergi ke kedai dengan cik juma,
terserempak pula dengan cik rita,
maruah manusia lebih utama,
dari memiliki lesen kereta.

by : sarah & tira yg sah2 takder lesen

utamakan maruah diri sendiri,
hingga lesen kereta dinodai,
bukankah itu kesenangan diri,
kan senang nak pergi midvelley.

dijawab oleh fiza yg sah2 terer drive


hehehe :)
post yg macam takder maksud sangat




Tuesday, March 9, 2010

alkisah

hendaklah dijadikan cerita
tentang keseronokon bila anda blajar di private university
makanya,
anda memang perlu mempunyai simpanan wang
yang banyak,
sebagai bekalan pada masa-masa kecemasan.

kerana,
private university mempunyai polisi
mereka yang tersendiri
dimana mereka (pihak admin)
sesuka hati buah pinggang mereka sahaja
menaikkan kadar yuran pelajar
tanpa sebarang notis hitam mahupun putih

maka, itulah yang terjadi pada saya,
si penulis ini
saya mula mempunyai bad hunch
sejak beberapa hari lalu
setelah melihat status bebrapa mukabuku
milik rakan-rakan seangkatan
yang merungut tentang kenaikkan yuran.
namun begitu,
saya tetap belagak cool
dan berharap perkara itu hanyalah dusta belaka.

walupunbegitu,
semalam, bertarikh 08032010
saya dikejutkan dengan berita
mengenai semua pelajar yang peminjam duit dari
si P******* itu
harus membayar sejumlah wang yang agak besar nilainya
oleh kerana wang yang pihak tersebut
beri pinjam kepada kami
tidak cukup sama sekali.

berita ini sangat tersebar luas
dan rata-rata pelajar yang senasib dengan saya
bermurung durja sepanjang hari.
ialah, rm1265.00 itu sangat besar nilainya.
bila bercakap pasal wang yang besar nilainya
maka kita secara automatik akan
berasa sayang untuk menggunakan wang tersebut
kearah yang agak sia-sia.
namun jika kita menggunakan wang itu untuk
membeli harta
seperti talifon bimbit atau ipod shuffle,
maka istilah sia-sia itu tidak akan wujud
sama sekali.

berbalik kepada kisah tadi,
hari ini, 09032010
saya bersama rakan-rakan seangkatan
seperti RARA, GRACE, NADIA, PEYUH,
MEL,DIBA dan lain-lain
telah merancang satu pakatan konspirasi sulit
untuk menegakkan bahawa kami tidak akan
membayar apa sahaja bayaran
sehingga kami diberi notis hitam dan putih.

ini kerana kami adalah pelajar berumur 20 tahun,
jadi sudah tentu sumber kewangan kami adalah
ibubapa kami.
mereka tentu mahukan satu surat yang jelas
menunjukkan mengapa perlunya
mereka mengeluarkan wang simpanan
haji mereka untuk membayar yuran pelajaran
anak mereka sedangkan sudah terang
lagi bersuluh yang anak mereka
telah meminjam sejumlah wang dari pihak P*****


jadi bertempat di account department,
kami bersiap sedia menajamkan skill
bertikam lidah kami
dan langsung tidak peduli
tentang orang sekeliling
yang mungkin pelik melihat aksi kami
yang seperti cacing kepanasan.

seterusnya, di kaunter 7,
kami disapa oleh akak akauntan yang bertugas
dan, belum seminit kami disitu
habis semua masalah kami ber7 disuarakan.
jelas, akak itu mengalami kejutan saraf
namun kami tidak peduli
yang lebih penting kami perlukan
penjelasan yang setimpal


maka setelah berurusan lebih dari satu jam,
dan kami masing-masing telah menyampaikan
apa yang terserat di hati sanubari kami,
akak bertudung krim itu
menegaskan bahawa
kami tetap perlu membayar minimum
rm150 dahulu,
dan jika kami gagal berbuat demikian,
kami tidak boleh mendaftar untuk
sem terakhir kami bergelar student MSU
sebelum praktikum.

walau hal itu telah kami maklum,
kami tetap dengan tujuan kami kesana,
iaitu mahukan surat, notis atau apa2 sahaja
seumpama dengannya.
sekali lagi, akak itu memblurkan diri.
jadi, dia memanggil rakan sejawatnya
dan rakannya itu
telah menghangatkan pebincangan kami
apabila mendakwa kadar bayaran yang perlu
ditambah perlu dikira mengikut study structure
kami.
akak itu juga bertanya adakah kami membawa
study structure pada masa itu.
lalu kami semua mengeluarkan bunyi huh?
watdehek kan?
nasib lah ada si Grace yang baik hati
dan mendakwa study structurenya
ada di biliknya,
yakni di hostel msu
jadi tanpa berlengah, dia berlari ke hostel
dan membawa study structurenya.

dan, akak akauntan yang membantu kami
jika tidak silap, ummi namanya
mula mengira-ngira
yang saya rasa tidak perlulah untuk saya
tulis disini
dan hasilnya,
kami tidak perlu membayar rm1265 itu
tetapi hanya rm645 sahaja.

hmmmmmmmmm
mungkin jumlah itu tetap besar
malah saya boleh mendapat berpuluh
novel baru dengan jumlah itu
tetapi sesungguhnya saya harus bersyukur
kerana jumlah itu tidaklah sedahsyat jumlah
yang digembargemburkan.
alhamdulilah :)

oh ye hari ini secara rasminya saya
telah tamat belajar untuk sem 4
jadi saya hanya ada satu lagi sem pendek
sebelum ke sekolah berhampiran untuk
praktikum
dan seterusnya berambus dari msu ini.
mudah-mudahan.


saya juga dengan bangganya ingin memberitahu
saya tidak mempunyai hati pun untuk study
memandangkan tarikh exam lambat lagi,
yakni 9 hari lagi.
jadi, saya membunuh masa saya pada malam ini
dengan mencoretkan sesuatu disini
dan juga menonton master of study
episod 8, dan jika bernasib baik,
mungkin sampai ke episod 9.
hee :)


cerita ini mungin sudah diolah supaya menjadi lebih lemak berkrim.
maaf dipinta jika bahasa yang digunakan telah mengguris hati sesiapa.
anyway, thank you very much to you my reader because spent your precious time
to read this crap.



Saturday, March 6, 2010

recap - 5days 4nights at home

sangat tekejut tengok dapur umah.
tetibe tinggggggg dah btukar rupe.
hebat la mak :)

along saya dan hubby-nye sejak kawen
dok kat umah ni bsame mak,abh & adin.
dan tetibe along & abd di cakap nk pindah.
mak ngn abh takde la kisah sbb dorg pun
msti nk independent kann.
so lps sminggu lbey dorg pndah,
baru la saya brkesempatan mlawat rumah
baru dorg. hmm nice.umah tu kecik molek.
asalnye rumah tu pondok kecik tmpat ltak baja
*rumah tu di kebun ye*
tapi bile di-renovate, comel je jadinya
kira oke la along ngn abg di nk dok situ
tapi still tak bole nk caye dua2 akak saya dah
jadik binik org..huuuu

cite pasal adin lagi.
sorryla kalo anda bosan.
adin ni nk pmr taun ni.
dia nak sangat jadik dokter veterinar
sebab katenye dia nk slamatkan sume
kucing2 didunia ni dari diserang kurap dan kutu
ok.anda mungkin nak ketawa guling2.
ada ke org bcita2 cmtu kan?
saya pun mcm tu dulu
tapi bila tengok ke-serius-an beliau
tak jadi nak gelak dpn beliau.
er dah melalut.
ape yg saya nk cerita ialah,
ada ke dia suruh saya ajar math kat beliau
topiknya berbunyi begini
angles in quadrilateral.
hahahah nak tergelak saya masa dia tunjuk
soalan tu. maaf la adin, atehmu ini agak
lembab matematik. sebab tu ambek tesl.
kalo ateh ni terer, dh lme jadik angkasawanita tau.
hehehe.
beliau nk exam tau 15hb ni,sme mcm saya.
cuma dia study, saya tak :D

oh anak sedara saya dh btambah.
1hb aritu,kak nis, sepupu saya
selamat melahirkan anak 2nd nye.
alhamdulilah dah sepasang anak dia.
tahniah ye kak nis & abg mizi :)


haa seterusnye kisah menyayat hati yg saya
baru dga dr mak saya.
macam ni, ade satu student ni.
dah drjh 6 tapi taknak sekolah dah.
sebab katenye buat ape blaja, bukan
bole kenyang pun kalo pandai.
so dia ni asek ponteng je.
ish2. pendek sungguh akal budak ni.
cikgu2 ni, tak puas hati.mesti ade prob.
siasat punye siasat rupenye budak ni
keje ngn abg2 dia ambek upah kemas umah org.
tanye punye tanye, baru la tau yg
ayah dorg dah setaun lebih larik kan diri,
tinggalkan mak budak ni cmtu je
ngan 8 org anak.
ye LAPAN org anak.
cube korg bygkan ape punye ayah la
tak btanggungjawab lgsg.
bile dga pasal ni, ofkos la sedih kan.
dan, budak ni ade adik drjh 2, skolah kat situ gak.
tapi adik dia ni agak pandai brbanding si abang ni.
tak mampu nak beli pensil, tapi still nak blaja.
nak tau dia buat cmne?
pegi smbung pensil yg dah pendek,gile2 pendek ni
ngan batang kayu. ikatla kuat2 gune getah gelang
bg macam panjang, so boleh la tulis sket2.
cube la korg bayangkan. sadis betul.
jadi, moral of story,
bila kita susah, mase tu msti pikir kita la manusia paling
susah kat dunia ni,
tapi sedarla ramai lg yg lebih susah dari kita.
chewahhhh ada gaya pakar motivasi tak??


eh tadi korg tengok cerekarama tak?
dalil cinta?
tak?
haha.sian.
siyes cite tu bes.
dan rase fahrin sangat sweet lg kacak.
hehehehe.
tapi sori, i'm still in LO & scha's side.
hehehehe.
(agak2 aku kne tgkap tak sebab tuleh psl ni?)
lol

Thursday, March 4, 2010

thanks kak zoul.
you are the lucky no 6 :)

Wednesday, March 3, 2010

dupdupdup


I love that you get cold when it is 71 degrees out.
I love that it takes you an hour and a half to order a sandwich.
I love that you get a little crinkle in your nose when you're looking at me like I'm nuts.
I love that after I spend day with you, I can still smell your perfume on my clothes.
And I love that you are the last person I want to talk to before I go to sleep at night.
And it's not because I'm lonely, and it's not because it's New Year's Eve.
I came here tonight because when you realize you want to spend the rest of your life with somebody,
you want the rest of your life to start as soon as possible.






hehe sory being so mushy tonight.
it's not my fault.
it's my hormon's fault.


well,
thanks for coming back
with you,
i can stand better.
:)