Thursday, May 26, 2011

novel punye pasal


kita dah biasa dengar bebelan parents kita beristigfar panjang bila kita
dok mengadap novel 2-3 jam dalam bilik sampai lupa masak nasi, jemur kain,
basuh pinggan dan sebagainya.
kita paham. membaca novel hanya lah aktiviti yang boleh dilakukan
bila free aje. maksudnye, jangan harap la kau senang- senang nak baca novel pada
waktu-waktu puncak. itu semua kita paham.
kita juga harus akur, kita harus mengutamakan apa yang utama dulu.
maka kalau tetiba ada orang menyergah suruh tido semasa
kita tengah dok terlentang masa baca novel tengah-tengah malam,
maka kita harus akur dengan perintah itu.
iya iya kita paham.
mereka tentulah taknak kita bangun lambatkeesokan paginya.
panggilan yang maha esa tentulah harus ditunaikan.
dan mereka juga mahu milo panas berasap dan roti telor
garing sedia terhidang sebelum mereka pergi kerja.
lagipun, sangat lahh tidak manis jika satu taman perumahan tahu
anak dara kak mah kita ni bangun tengahari.
habis takde orang nak datang meminang.
dah la kau tu memang tak laku pun sobsss T__T
tapi, apa harus kita buat jikalau IBU/MAK/BONDA/MAMA/UMI kita sendiri
yang dok goyang kaki baca novel pada waktu yang tidak sesuai?
sampaikan 'OMG mama dah tengah malam ni asal tak tido lagi?'
dan mamanya pun balas ' takpeee takpeee sikit lagi nak abes ni'
padahal si anak tahu mamnya baru baca mukasurat seratustigapuluhlapan.
*nak tipu anak sendiri yang pakar novel?* heh.

ini sudah kronik.sungguh saya tidak tipu.
saya akui,saya gila novel. kalo ada novel best, sanggup
tak buat keje lain. asalkan dapat abeskan novel itu.
TAPI,
tak pernah laa bayangkan emak yang saya sayangi pun gila novel jugak.
sampai masa gi bercuti tepi pantai pun sanggup dok terperap dalam bilik
sambil baca novel. dan paling tak bole blaa,
masa kemas barang nak pergi kursus, barang first yang dimasukan ke dalam beg ialah
NOVEL.

omigod. ini sungguh kronik.
memang sungguhlaa kemana tumpahnya sos spegethi kalo bukan ke spegethi?
kan? kan? kan?

okey kalo UMI/MAMA/IBU/BONDA anda tidak seperti ini,
maka anda perlu bersyukur.
eh eh tapi tak bermakna saya tidak bersyukur dapat emak sebegini.
jangan salah paham ye

p/s : novel yang dimaksudkan ialah Kasih Yang Suci
FYI drama pukul 7 tv3 skarang, Nora Elena, diadaptasi dari novel itu.

sekian.

0 comments: