Tuesday, March 9, 2010

alkisah

hendaklah dijadikan cerita
tentang keseronokon bila anda blajar di private university
makanya,
anda memang perlu mempunyai simpanan wang
yang banyak,
sebagai bekalan pada masa-masa kecemasan.

kerana,
private university mempunyai polisi
mereka yang tersendiri
dimana mereka (pihak admin)
sesuka hati buah pinggang mereka sahaja
menaikkan kadar yuran pelajar
tanpa sebarang notis hitam mahupun putih

maka, itulah yang terjadi pada saya,
si penulis ini
saya mula mempunyai bad hunch
sejak beberapa hari lalu
setelah melihat status bebrapa mukabuku
milik rakan-rakan seangkatan
yang merungut tentang kenaikkan yuran.
namun begitu,
saya tetap belagak cool
dan berharap perkara itu hanyalah dusta belaka.

walupunbegitu,
semalam, bertarikh 08032010
saya dikejutkan dengan berita
mengenai semua pelajar yang peminjam duit dari
si P******* itu
harus membayar sejumlah wang yang agak besar nilainya
oleh kerana wang yang pihak tersebut
beri pinjam kepada kami
tidak cukup sama sekali.

berita ini sangat tersebar luas
dan rata-rata pelajar yang senasib dengan saya
bermurung durja sepanjang hari.
ialah, rm1265.00 itu sangat besar nilainya.
bila bercakap pasal wang yang besar nilainya
maka kita secara automatik akan
berasa sayang untuk menggunakan wang tersebut
kearah yang agak sia-sia.
namun jika kita menggunakan wang itu untuk
membeli harta
seperti talifon bimbit atau ipod shuffle,
maka istilah sia-sia itu tidak akan wujud
sama sekali.

berbalik kepada kisah tadi,
hari ini, 09032010
saya bersama rakan-rakan seangkatan
seperti RARA, GRACE, NADIA, PEYUH,
MEL,DIBA dan lain-lain
telah merancang satu pakatan konspirasi sulit
untuk menegakkan bahawa kami tidak akan
membayar apa sahaja bayaran
sehingga kami diberi notis hitam dan putih.

ini kerana kami adalah pelajar berumur 20 tahun,
jadi sudah tentu sumber kewangan kami adalah
ibubapa kami.
mereka tentu mahukan satu surat yang jelas
menunjukkan mengapa perlunya
mereka mengeluarkan wang simpanan
haji mereka untuk membayar yuran pelajaran
anak mereka sedangkan sudah terang
lagi bersuluh yang anak mereka
telah meminjam sejumlah wang dari pihak P*****


jadi bertempat di account department,
kami bersiap sedia menajamkan skill
bertikam lidah kami
dan langsung tidak peduli
tentang orang sekeliling
yang mungkin pelik melihat aksi kami
yang seperti cacing kepanasan.

seterusnya, di kaunter 7,
kami disapa oleh akak akauntan yang bertugas
dan, belum seminit kami disitu
habis semua masalah kami ber7 disuarakan.
jelas, akak itu mengalami kejutan saraf
namun kami tidak peduli
yang lebih penting kami perlukan
penjelasan yang setimpal


maka setelah berurusan lebih dari satu jam,
dan kami masing-masing telah menyampaikan
apa yang terserat di hati sanubari kami,
akak bertudung krim itu
menegaskan bahawa
kami tetap perlu membayar minimum
rm150 dahulu,
dan jika kami gagal berbuat demikian,
kami tidak boleh mendaftar untuk
sem terakhir kami bergelar student MSU
sebelum praktikum.

walau hal itu telah kami maklum,
kami tetap dengan tujuan kami kesana,
iaitu mahukan surat, notis atau apa2 sahaja
seumpama dengannya.
sekali lagi, akak itu memblurkan diri.
jadi, dia memanggil rakan sejawatnya
dan rakannya itu
telah menghangatkan pebincangan kami
apabila mendakwa kadar bayaran yang perlu
ditambah perlu dikira mengikut study structure
kami.
akak itu juga bertanya adakah kami membawa
study structure pada masa itu.
lalu kami semua mengeluarkan bunyi huh?
watdehek kan?
nasib lah ada si Grace yang baik hati
dan mendakwa study structurenya
ada di biliknya,
yakni di hostel msu
jadi tanpa berlengah, dia berlari ke hostel
dan membawa study structurenya.

dan, akak akauntan yang membantu kami
jika tidak silap, ummi namanya
mula mengira-ngira
yang saya rasa tidak perlulah untuk saya
tulis disini
dan hasilnya,
kami tidak perlu membayar rm1265 itu
tetapi hanya rm645 sahaja.

hmmmmmmmmm
mungkin jumlah itu tetap besar
malah saya boleh mendapat berpuluh
novel baru dengan jumlah itu
tetapi sesungguhnya saya harus bersyukur
kerana jumlah itu tidaklah sedahsyat jumlah
yang digembargemburkan.
alhamdulilah :)

oh ye hari ini secara rasminya saya
telah tamat belajar untuk sem 4
jadi saya hanya ada satu lagi sem pendek
sebelum ke sekolah berhampiran untuk
praktikum
dan seterusnya berambus dari msu ini.
mudah-mudahan.


saya juga dengan bangganya ingin memberitahu
saya tidak mempunyai hati pun untuk study
memandangkan tarikh exam lambat lagi,
yakni 9 hari lagi.
jadi, saya membunuh masa saya pada malam ini
dengan mencoretkan sesuatu disini
dan juga menonton master of study
episod 8, dan jika bernasib baik,
mungkin sampai ke episod 9.
hee :)


cerita ini mungin sudah diolah supaya menjadi lebih lemak berkrim.
maaf dipinta jika bahasa yang digunakan telah mengguris hati sesiapa.
anyway, thank you very much to you my reader because spent your precious time
to read this crap.



0 comments: