Monday, April 19, 2010

mei chan



mood : ala-ala zaman kesultanan melayu melaka. si penulis bukan lagi si tyra banks yang cun bergetah tu tetapiputeri anggun jelita bernama puteri tyra :)

# err jangan tangkap saya ya, ini cuma mainan saja.




dalam kesibukan memerah otak untuk mencari idea
untuk menumpaskan si lessonia plania yang kini semakin mengganas,
beta dengan jayanya selamat menonton sebuah drama
dari negara si ganteng takeshi kineshiro
yang sangatlah menarik
bersama mamanda tersayang, tun balqis tun bukhori.

oleh itu, sejak hari sabtu yang lalu,
kami berdua telah melekat di screen laptop
kepunyaan mamanda kerana laptop beliau yang bernama
malik noor
kerana si malik noor itu
lebih canggih berbanding jesicca milik saya
(ya josh telah bertukar jantina)
dan kami sangat gigih menunggu drama
tersebut membufferingkan diri
malah kami begitu tegar menyengkang mata
hingga ke tengah malam
tanpa menghiraukan rasa mengantuk yang melanda diri.

overall, beta sangat berpuas hati dengan drama ini,
walaupun episod terakhir beta belum berjaya menontonnya
kerana beberapa masalah teknikal,
(er antaranya ialah malik noor tertidur sendiri)
namun beta sudah dapat meneka apakah kesudahan drama itu.
berdasarkan pengamatan beta selama berbelas tahun
dalam industri pendramaan ini,
beta percaya bahawa
sudah tentulah si hero akan bersama si heroin,
melalui segala onak duri ribut taufan yang mendatang.
tetapi pelik juga ya, masih wujudkah hubungan antara
lady dan butler?
bagaimana jika si lady terjatuh cinta pada butlernya?
dan adakah seorang butler memang ditakdirkan untuk tidak brkahwin
dan hanya berkhidmat untuk si lady nya?
ohhhhhhhhh kasihannn











nak tau sape si hensem ni? dialah mukai osamu :)
tapi dalam cite mei chan ni, dia bertransform jadik
+
+
+
+
+
+

TADAAAA

si psycho berambut putih


tapi di real life,
inilah diaaaa

kacak kan??

*melting*


ohh lupe dia ni bukan hero utama.
takde pun gamba beliau kat poster.


anyway si hero, mizushima hiro pun kacak gak..
cuma bila tau dia ni dah kawen,
hmmmmm takde semangat nak save as gambar2 beliau
hehehe






notakaki : esok kelas pukul 8 :)
GAMBATEE!!






0 comments: